Nik Aziz Mahu Pilihan Raya Serentak DUN Kelantan Dan Parlimen - Berita Semasa | mStar

Nik Aziz Mahu Pilihan Raya Serentak DUN Kelantan Dan Parlimen

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata kerajaan PAS Kelantan akan memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pilihan raya serentak apabila Dewan Rakyat dibubarkan kelak.

Katanya, beliau tidak kisah sekiranya DUN di negeri seperti Pulau Pinang dan Selangor dibubarkan berasingan dengan pembubaran Parlimen.

"Itu dia punya pasal, bagi saya Kelantan, saya (akan pohon) membubarkan Dewan Undangan Negeri bersekali dengan Pusat," katanya kepada pemberita selepas kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, Jumaat.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, bahawa pemimpin tertinggi pakatan pembangkang akan membuat satu ketetapan pada Selasa sama ada untuk mengadakan pilihan raya serentak bagi negeri-negeri yang ditadbir mereka, jika pilihan raya umum diadakan nanti.

"Sebagaimana yang saya sebut sebelum ini, atas sifat peribadi, saya mahu pilihan raya (peringkat DUN) diadakan serentak dengan (pilihan raya) Parlimen, kerana banyak perkara yang tidak elok boleh berlaku jika diadakan secara berasingan," kata Nik Aziz. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan