Najib: BN Mampu Harungi Ujian PRU13

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PASIR GUDANG: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melahirkan keyakinan Umno dan Barisan Nasional (BN) mampu mengharungi ujian yang dihadapi ketika ini sekali gus menjamin akan mengembalikan semula kekuatan politik pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

Beliau berkata sejarah telah membuktikan UMNO dan BN sejak mula ditubuhkan lagi telah diuji pelbagai ujian, namun kesemuanya berjaya dihadapi sehingga B Nmampu meneruskan kelangsungan pemerintahan sehingga kini.

Katanya, parti itu telah mengalami lima krisis besar sejak penubuhannya termasuk pengasasnya Datuk Onn Jaafar keluar dari Umno dan penubuhan parti Negara, tragedi berdarah 13 Mei dan parti Umno diharamkan.

Selain itu, gerakan reformasi dan demonstrasi jalanan pada tahun 1998 selepas pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menguji kekuatan parti selain tsunami politik dalam PRU 2008 yang menyebabkan BN kehilangan lima negeri serta majoriti dua pertiga.

"Sejarah parti ada beberapa detik sebelum ini yang boleh dijadikan sebagai pengajaran setiap kali kita berdepan dengan krisis iaitu dengan kembali kepada asas kekuatan kita.

"Situasi ini hampir sama dengan keadaan pada 1999 di mana kita terpaksa melakukan pemulihan Umno dan BN, jadi dalam situasi seperti itu kita kena melakukan sesuatu yang boleh menjamin kelangsungan kuasa kita kerana kita mempunyai banyak agenda besar untuk negara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Jelajah Sayang 1Malaysia Wanita BN, di Stadium Perbandaran Pasir Gudang, di sini hari ini, yang dihadiri oleh hampir 20,000 orang terdiri daripada Wanita Umno dari peringkat cawangan di seluruh negara serta sayap wanita BN.

Turut hadir isterinya Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Najib yakin BN akan melepasi ujian dalam PRU kali ini dan parti kini sedang melakukan pelbagai usaha untuk menambah kekuatan dalaman termasuk kekuatan hubungan dengan rakyat.

"Kekuatan kita dengan rakyat bergantung kepada keyakinan rakyat sebab itu kita buat pelbagai usaha yang patut dilakukan," katanya.

Sementara itu mengulas mengenai ucapan Shahrizat dalam majlis itu yang mahukan wanita diberikan lebih kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Najib berkata pemilihan calon bukan dilakukan atas faktor jantina.

Sebaliknya, katanya ia dilakukan dengan mengambil kira kesesuaian kawasan serta faktor calon yang dipilih itu mampu menang di kawasan yang ditandingi.

"Kita kena tengok keadaan, kena tengok mikro juga walaupun nak tambah kerusi (wanita), kena tengok kesesuaian kawasan berdasarkan calon yang boleh menang dan kena memastikan sesiapa saja yang jadi calon boleh menang," katanya.

Ditanya sama Menteri Besar dan Ketua Menteri dari BN telah diarahkan menyerahkan nama calon yang difikirkan layak bertanding pada PRU ke-13, Najib berkata ia merupakan rahsia parti. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan