Muhyiddin Harap JPA Segerakan Pelaksanaan Pelarasan Skim Perkhidmatan Guru

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Jabatan Perkhidmatan Awam dapat melaksanakan pelarasan skim perkhidmatan perguruan secepat mungkin.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata ini selaras dengan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Kita berharap tempoh pelarasan itu dapat disegerakan berdasarkan pengumuman (pembatalan SBPA) oleh PM (Perdana Menteri). Mereka pun menunggu dan mengharapkannya di dalam tempoh terdekat," katanya menambah pengumuman itu disambut baik Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menghadiri program Jelajah Sayang 1Malaysia di Kem Bina Negara Gunung Pulai, di sini Sabtu.

Turut hadir Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Muhyiddin juga berkata apa yang telah dijanjikan kerajaan kepada golongan guru akan ditunaikan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan