MIC Sambut Baik Pelantikan Baru Di Suruhanjaya Sekuriti

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC menyambut baik pelantikan Datuk Ranjit Ajit Singh sebagai Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti (SC) dan Datuk Dr Nik Ramlah Mahmood sebagai Timbalan Ketua Eksekutif berkuatkuasa 1 April depan.

Sehubungan itu, MIC yang mewakili sebahagian besar masyarakat India itu, menggesa kerajan melantik lebih ramai rakyat India Malaysia yang berkelayakan sebagai anggota lembaga atau pengerusi GLC (syarikat berkaitan kerajaan).

Ini memandangkan ketika ini masyarakat India begitu kurang diwakili dalam badan-badan tersebut, kata Setiausaha agung MIC S. Murugesan.

Mengenai pelantikan dua tokoh berkenaan, Murugesan berkata kedua-dua individu itu mempunyai kaliber dan kewibawaan yang tinggi.

Pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan mereka kepada pembinaan negara, dan membuktikan keupayaan mereka memimpin institusi-institusi penting dalam negara.

"Pelantikan itu memberi isyarat kepada anak-anak muda India Malaysia bahawa di bawah kepimpinan Perdana Menteri kita Datuk Seri Najib Tun Razak, mereka boleh menaruh cita-cita untuk memegang jawatan penting dengan syarat mereka sedia bekerja keras," katanya dalam satu kenyataan di sini.

MIC mengucapkan terima kasih kepada pengerusi yang bakal berundur, Tan Sri Zarinah Anwar yang telah memberikan khidmat cemerlang dalam memperkukuh dan memajukan lagi pasaran modal Malaysia dan mengekalkan integriti SC yang tinggi. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan