Kelab putera 1Malaysia Buka Bilik Gerakan 10 Hari

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kelab Putera 1Malaysia membuka bilik gerakan misi bantuan bencana alam selama 10 hari khususnya untuk mangsa banjir di sekitar Selangor dan Perak, mulai Sabtu.

Pengerusinya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata bilik gerakan tersebut dibuka di Kampung Attap di sini dan akan beroperasi selama 24 jam dalam menghadapi kejadian banjir.

"Kita juga mempunyai beberapa pusat gerakan yang bersiap sedia dalam menghadapi banjir antaranya di Kampung Attap bagi Selangor dan Tapah bagi Perak," katanya pada sidang media di sini.

Katanya seramai 200 sukarelawan terdiri daripada 40 pegawai perubatan, 50 ahli paramedik dan 110 sukarelawan akan dikerahkan untuk membantu dalam misi bencana alam.

Menurutnya tiga tugas utama dalam misi itu ialah menyelamat mangsa, memberi bantuan makanan, perubatan dan barang keperluan serta mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan bencana.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung misi bantuan itu dengan menghubungi Kelab Putera 1Malaysia di talian bebas tol 1-300-88-1113 atau 03-2773-6004. BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan