Isu EDL: Kerajaan Cari Jalan Pengguna Tak Perlu Bayar Tol - PM

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mencari jalan terbaik agar pengguna di Johor yang tidak menggunakan Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Timur (EDL) tidak dikenakan bayaran tol.

Beliau berkata perincian berhubung perkara itu akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi bagi membolehkan beberapa masalah teknikal diselesaikan.

"Mereka yang tidak guna EDL tidak sewajarnya dikenakan bayaran tol. Kita akan selesaikan perkara ini.

"Jangan bimbang, kita sentiasa dengar rintihan dan keluhan rakyat," katanya pada Majlis Jamuan Rakyat 1Malaysia yang dihadiri 10,000 rakyat pelbagai kaum di sini malam Jumaat.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dan Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

Najib juga berkata perkara itu dibincangkan pada Majlis Perundingan Ekonomi yang turut dihadiri wakil kerajaan negeri baru-baru ini.

Sebelum ini, dikatakan rakyat Malaysia dan Singapura yang berulang alik setiap hari terpaksa membayar sebanyak RM15.30 dan tol dijangka turut dikenakan terhadap pengguna yang memasuki Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin di Bangunan Sultan Iskandar, walaupun tidak melalui EDL.

Sementara itu, Najib berkata banyak projek pembangunan dirancang di Johor dan ia hanya boleh diteruskan jika Barisan Nasional (BN) terus diberi mandat memerintah negara ini.

Beliau berkata dalam keadaan ekonomi ketika ini, Malaysia memerlukan sebuah kerajaan berpengalaman dan mempunyai rekod prestasi yang baik untuk mengemudi negara agar mendapat pembangunan berterusan.

Najib berkata kerajaan BN juga tidak pernah menjanjikan omong kosong seperti pembangkang yang menjanjikan bulan dan bintang serta cakerawala, sedangkan niat sebenar mereka hanyalah untuk menawan Putrajaya.

"Tak masuk akal nak turunkan harga minyak, hapus pinjaman PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dan semua tol serta kurangkan defisit.

"Jangan kena tipu lagi. Selepas 2008, apa perubahan yang telah mereka bawa di negeri-negeri yang dipegang mereka?" katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan