Cuepacs Minta Gred Dua Kumpulan Bawah SPBA Dikekalkan

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Omar Osman. Foto RICKY LAI.
Omar Osman. Foto RICKY LAI.

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) pada Jumaat meminta supaya gred penjawat awam bagi kumpulan teknikal dan pelaksana dua dalam sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dikekalkan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, gred kumpulan yang sudah dinaik taraf itu perlu diserap terus ke dalam Sistem Saraan Malaysia (SSM) berikutan pemansuhan SBPA.

“Jawatan-jawatan tersebut adalah seperti juruteknik (dari gred J17 ke J27), pembantu renjer hutan, pembantu pertanian, pembantu veterinar (dari G17 ke G27).

“Ini termasuk jawatan bagi gred yang dijumud (beku) di bawah kelayakan Penilaian Menengah Rendah (PMR) iaitu kumpulan pelaksana dua dinaikkan kepada gred N17 yang sebelum ini merupakan kumpulan sokongan dua (N1 sehingga N16).

“Kesemuanya merupakan tuntutan yang sudah lama dilakukan oleh Cuepacs sehingga kepada penambahbaikan SBPA. (Maka) ia perlu dikekalkan dalam SSM sebelum penubuhan suruhanjaya,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas kongres Cuepacs di sini, Jumaat.

Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira dua jam itu membincangkan perkara-perkara yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam perjumpaan khas penjawat awam di Putrajaya pada Khamis.

Selain SBPA yang diperkenalkan pada 1 Januari lalu akan dimansuhkan, antara yang diumumkan Najib adalah penubuhan sebuah suruhanjaya khas, yang dianggotai oleh semua pihak berkepentingan bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia.

Omar berkata, gred-gred yang sudah dinaik taraf itu adalah di bawah SBPA dan apabila ia diumumkan oleh perdana menteri mengenai pembatalannya maka gred berkenaan akan kembali 'menurun' seperti sebelumnya.

“Jika tidak mengekalkan gred tersebut, tuntutan baru pastinya akan wujud di kalangan penjawat awam yang mungkin mengambil masa untuk dipertimbangkan sekali gus berlaku tidak adil terhadap gred sedia ada,” katanya.

Menurut Omar, perkara itu akan dimaklumkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan supaya gred-gred berkenaan dikekalkan di bawah SSM.

“Dan apabila suruhanjaya ditubuhkan, semua gred perlu dikaji semula dalam interim kepada SSM ini sebelum skim baru siap (kelak),” katanya.

Beliau berkata, mengenai gred yang perlu dikekalkan di bawah SBPA, dianggarkan seramai 45,000 penjawat awam berkhidmat dalam jawatan teknikal dan 25,000 orang di kalangan pembantu renjer hutan, pembantu veterinar dan pembantu pertanian.

“Kira-kira 400,000 penjawat awam pula merupakan kumpulan pelaksana dua,” katanya.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan