BN Pastikan Kebajikan, Keperluan Rakyat Dipenuhi Jika Dapat Mandat Semula

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Barisan Nasional akan memastikan kebajikan dan keperluan rakyat dipenuhi jika mendapat mandat untuk mentadbir negara pada pilihan raya umum akan datang, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Yahya Hussin pada Sabtu.

Katanya, pemberian pelbagai bantuan, termasuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), merupakan usaha berterusan kerajaan bagi meringankan beban rakyat, sekaligus memberi peluang kepada rakyat memperbaiki ekonomi keluarga.

"Sejarah membuktikan BN sentiasa mengambil langkah terbaik dalam menjaga kebajikan rakyat.

"Bagaimanapun, BN perlukan mandat daripada rakyat bagi membolehkan segala usaha terus dilaksanakan," katanya ketika merasmikan majlis Penghayatan 1Malaysia Zon Meruntum di Putatan dekat sini.

Yahya juga berkata negara semakin membangun sejak ditadbir oleh BN dan akan memastikan pencapaian tinggi untuk rakyat, khususnya dalam merealisasikan hasrat untuk menjadi negara berpendapatan tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan