Bergerak Satu Pasukan Hadapi PRU - Musa

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata Barisan Nasional negeri ini hendaklah bersatu bergerak satu pasukan menghadapi cabaran pilihan raya umum yang dijangka diadakan tidak lama lagi.

Katanya, kerjasama erat dan kukuh di kalangan anggota parti komponen B Nnegeri penting dalam memastikan Sabah terus kekal kubu kuat BN pada pilihan raya itu nanti.

"Saya minta anggota Barisan Nasional Sabah supaya terus mengukuhkan hubungan dan mantap di semua peringkat akar umbi yang menjadi tunjang kekuatan parti.

"Semua ini akan menjamin kejayaan kekal milik kita. Kita perlu bersatu padu perkasakan parti, sekaligus memastikan BN mencapai kejayaan cemerlang," katanya dalam ucapan penutup Majlis Penerangan Perdana Zon 2 di Dewan Masyarakat Menggatal, dekat sini Sabtu.

Teks ucapan beliau dibacakan Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Musa meminta BN negeri memperhebatkan program mendekati rakyat terutama golongan muda dan pengundi baru dengan kaedah bersesuaian, termasuk penggunaan media baru, blog dan laman sosial facebook serta twitter sebagai landasan terbaik berinteraksi dengan rakyat.

"BN Sabah perlu menggerakkan jentera perang saraf khususnya di kalangan sayap-sayap parti," katanya.

Musa menekankan budaya turun padang penting bagi menyelesaikan masalah rakyat terutama di kawasan luar bandar.

"Jangan sia-siakan kepercayaan dan keyakinan yang rakyat berikan kepada kita. Apa yang dibuat BN selama ini adalah atas dasar tanggungjawab dan keikhlasan membela nasib rakyat seluruhnya," katanya.

Beliau berkata penganjuran program penerangan itu wajar dan tepat pada masanya kerana ia akan mengukuhkan kerjasama di kalangan anggota parti komponen BN.

"Program ini memberi peluang kita berinteraksi secara berkesan memahami permasalahan yang dihadapi rakyat, seterusnya mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan