Ada Ruang Untuk Dipertingkat Dalam Perbelanjaan Kerajaan - Bank Dunia

Diterbitkan: Sabtu, 10 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kajian Bank Dunia terhadap empat sektor iaitu pelajaran, pengajian tinggi, kesihatan dan pemberian subsidi kepada masyarakat mendapati masih ada ruang dalam aspek perbelanjaan kerajaan yang perlu ditingkatkan supaya ia mampu mencapai tahap keberkesanan dan kecekapan yang dihasratkan.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, berkata kajian Bank Dunia itu telah mengambil kira dua aspek, iaitu pendapatan hasil negara yang perlu sentiasa meningkat dan perbelanjaan berhemah.

"Dalam konteks kajian itu, apa yang didapati ialah amalan perbelanjaan dengan konsep berhemah kita telah meningkat.

"Matlamat kita ialah untuk meningkatkan kecekapan perjanjian kita (dengan Bank Dunia) yang bertujuan memperkukuh perbelanjaan awam bagi meningkatkan sumber manusia dalam memperkasa perbelanjaan semua sektor berkenaan," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan surat kelulusan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) kepada Ahmad Harun, 65, di Kampung Tengku Hussein Lama di Gugusan Manjoi di sini untuk membina semula rumahnya yang berisiko runtuh selepas dua kali dilanda banjir.

Katanya, kajian berkenaan juga mengenal pasti beberapa ruang dalam aspek perbelanjaan yang perlu ditingkatkan keberkesanannya kerana ia berkait dengan pencapaian negara.

Ahmad Husni yang juga anggota Parlimen Tambun berkata, kerajaan bercadang meminta Bank Dunia menjalankan kajian yang sama terhadap sektor dan kementerian lain.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPNB, Datuk Dr Kamarul Rashdan Salleh, berkata syarikat itu akan memperkenal satu program perumahan mesra rakyat mampu milik bagi golongan berpendapatan sederhana berkonsepkan pembangunan berkelompok.

"Kita tumpukan golongan sederhana dan kawasan luar dari Lembah Klang dengan seunit rumah bernilai RM65,000 hingga RM100,000 termasuk kemudahan infrastruktur.

"Projek itu akan dimulakan di tiga buah negeri dan kita mulakan di Perak iaitu di kawasan Tambun dan Pangkor," katanya.

Beliau berkata reka bentuk rumah banglo itu adalah lebih luas dengan empat bilik tidur berbanding reka bentuk Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia yang turut dibangunkan oleh SPNB sekarang.

Katanya, projek itu akan diberi nama kemudian nanti manakala pembinaannya dijangka bermula dua bulan lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Khamis, 12 Oktober 2017 9:54 AM

Ifa Raziah ‘Kejar’ Malique

Kolumnis

iklan

Iklan