Sultan Beri 'Lampu Hijau' Pelantikan Phahrolrazi & Dr Ismail; MB Rombak Potfolio

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah memberi perkenan untuk pelantikan Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Dr Ismail Salleh sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Pada masa yang sama, Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak turut memutuskan untuk membuat rombakan ke atas susunan kabinet kerajaan negerinya.

“Majlis angkat sumpah Pharolrazi dan Dr Ismail akan diadakan tidak lama lagi...hanya tunggu tarikhnya sahaja," kata Azizan kepada para pemberita selepas bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di sini pada Jumaat.

Menurut Azizan perubahan pada potfolio anggota exconya adalah bertujuan untuk memberi pendedahan baru kepada mereka.

Pharolrazi Dr Ismail telah mencetuskan kekecohan pada kepimpinan PAS negeri apabila mereka menulis surat kepada menteri besar menyatakan keengganan untuk dilantik semula sebagai anggota exco.

Mereka mengambil kesempatan itu untuk memprotes kepimpinan Azizan kerana di Kedah, pelantikan semula anggota exco dibuat setiap tahun bukan sekali dalam tempoh sepenggal sepertimana yang diamalkan oleh kebanyakan negeri lain.

Mereka juga turut memboikot majlis angkat sumpah jawatane exco yang berlangsung minggu lalu.

Ini menyebabkan Jawatankuasa PAS pusat terpaksa campur tangan dengan mengadakan pertemuan tertutup dengan kesemua pihak yang bertelagah di Alor Setar Sabtu lalu.

Dalam pertemuan itu, Pharolrazi dikatakan menuntut supaya Azizan tidak dipilih semula sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang dan pada masa yang sama mendesak supaya beliau (Azizan) melepaskan jawatan sebagai pesuruhjaya PAS Kedah.

Pharolrazi dan Dr Ismail adalah timbalan pesuruhjaya I dan II.

Bagaimanapun PAS pusat tidak melayani desakan tersebut sebaliknya mereka telah mengumumkan penubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemandu untuk menasihati menteri besar manakala dua orang bekas exco yang 'memberontak' itu diarahkan supaya menerima semula pelantikan mereka.

Tentang penubuhan Jawatankuasa Pemandu itu, Azizan sekadar berkata: “Sesiapa sahaja boleh menasihati saya tetapi akhirnya yang akan buat keputusan ialah saya.”

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan