Semua Pelajar Asing Diwajibkan Pelajari BM Sebagai Bahasa Komunikasi Mulai Sesi 2012-13

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Semua pelajar asing di negara ini tidak lama lagi akan diwajibkan untuk mempelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, demikian kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau menjangkakan ia akan dapat dilaksanakan mulai sesi pengajian 2012/13.

Menurut beliau, Uiversiti Kebangsaan Malaysia (UKM) melalui Institut Alam dan Tamaddun Melayu (Atma) kini sedang membangunkan modul berkenaan.

Atma juga telah diberi mandat untuk mengukuhkan hubungan dengan 140 buah universiti di seluruh dunia yang kini menawarkan program bahasa Melayu.

Institut itu juga kata Khaled buat masa ini turut menghantar pensyarah ke universiti-universiti luar negara untuk mengajar bahasa selama satu hingga tiga bulan.

Khaled berkata demikian ketika berucap pada majlis penutup Pidato Bahasa Melayu Antarabangsa di sini malam Khamis.

Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melancarkan Projek Sayembara Novel 1Malaysia pada majlis berkenaan.

Sayembara itu yang akan diterbitkan oleh Institut Terjemahaan dan Buku Malaysia bakal menghimpunkan hasil karya kreatif dalam bahasa Melayu dari seluruh dunia.

Sementara itu, seramai 67 pemidato akan mengambil bahagian dalam pertandingan pidato bahasa Melayu antarabangsa tahun ini melibatkan 64 negara.

Pertandingan ini dimulakan pada tahun 2007.

Pertandingan tahun ini dimenangi oleh Sebghatullah Qazizada dari Afghanistan untuk kategori antarabangsa manakala Fathiah Ibrahim dari Malaysia memenangi bagi kategori nusantara.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan