Proton Jangka Terima Seribu Tempahan Kereta Barunya

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pengeluar kereta nasional, Proton Holdings Bhd, menjangkakan menerima kira-kira 1,000 tempahan untuk model baharu yang ditunggu-tunggu - P3-21A - pada acara "Power of 1" selama lima hari minggu depan.

"Tempahan untuk kereta global yang akan dilancarkan itu akan bermula 14 Mac di seluruh negara, dan pengunjung dapat menyaksikan pemasangan komponen kereta itu," kata Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, kepada pemberita di sini, Jumaat.

Mengenai laporan bahawa pelancaran P3-21A tertangguh ekoran isu teknikal, Syed Zainal berkata dakwaan itu tidak benar kerana kelewatan itu disebabkan oleh faktor masa serta kehadiran pemegang kepentingan utama.

"Kami mahu memastikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penasihat kami Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemegang kepentingan baharu adalah sejajar.

"Kami tidak terburu-buru. Kami mahu memastikan kereta itu disediakan mengikut konteks yang betul.

"Kami memang tidak mahu ia dilewatkan, namun kami juga memikirkan harapan pemegang kepentingan," katanya sambil menambah P3-21A.

Model itu kemudiannya akan dilancarkan di Indonesia dan Thailand tahun ini dan seterusnya di Australia, katanya.

Acara "Power Of 1", yang berlangsung dari 14 hingga 18 Mac di Stadium Nasional, merupakan pameran luar terbesar syarikat itu yang mengetengahkan kecanggihan teknologi, peningkatan kejuruteraan, kejayaan inovasi dan sukan pemotoran.

Syed Zainal berkata, acara itu dijangka menarik 10,000 pengunjung sehari dan Proton sudah bersedia untuk menyambut mereka.

"Acara itu bukan hanya membabitkan penjenamaan, malah pendidikan. Daripada hanya melancarkan kereta, kami mahu mengetengahkan teknologi syarikat.

"Ia juga merupakan acara pembiayaan sendiri dan kami akan menjana pendapatan. Kami mempunyai petunjuk prestasi utama - kereta mesti dijual, barangan dan alat ganti mempunyai angka sasaran. Kami menghentikan perbelanjaan dan pemasaran lain untuk disalurkan kepada acara ini," kata Syed Zainal.

Banyak bahan pada acara ini boleh dikitar semula dan akan digunakan pada program serupa di tempat lain, katanya.

Antara acara kemuncak ialah pameran "strip" enjin, konfogurator kereta di mana pengunjung boleh mencuba mereka bentuk kereta selain litar mini khas.

Pemandu lagak ngeri dan demonstrasi oleh Lotus Cars Malaysia dan R3, cabang prestasi Proton.

"Mereka yang berminat membeli kereta Proton dan Lotus juga boleh mendapat tawaran terbaik. Kami sudah berbincang dengan enam syarikat kewangan untuk mengurus proses permohonan seperti kelulusan segera supaya anda tahu sama ada anda layak atau tidak.

"Kami juga membawa peniaga kereta terpakai untuk membuat urusan peniagaan di sana dan bekerja rapat dengan penjual kereta kami," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan