Peserta Afghanistan, Malaysia Juarai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu - Berita Semasa | mStar

Peserta Afghanistan, Malaysia Juarai Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Peserta Afghanistan, Sebghatullah Qazizada dinobatkan sebagai juara Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012 bagi kategori antarabangsa yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini.

Beliau mengatasi empat peserta lain bagi kategori itu pada pertandingan peringkat akhir yang berlangsung Khamis malam.

Sementara itu peserta dari Malaysia, Fathiah Ibrahim pula muncul juara kategori nusantara menewaskan dua lagi peserta bagi kategori tersebut.

Pertandingan turut disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang kemudian menyampaikan hadiah kepada semua pemenang.

Pertandingan itu disertai 69 peserta dari 64 negara, namun hanya lapan layak ke pertandingan akhir.

Tempat kedua kategori antarabangsa dimenangi Polina Matveycheva dari Rusia, manakala tempat ketiga pula milik Elena Vorobyeva dari Latvia. Juga layak ke pertandingan akhir kategori antarabangsa itu ialah pemidato Jepun Yota Tamura dan Marina Makarova dari Moldova.

Sementara itu, tempat kedua kategori nusantara disandang Dayangku Mumtazah Pengiran Md Jaafar dari Brunei manakala Wahyudi dari Indonesia di tempat ketiga.

Johan bagi setiap kategori menerima piala pusingan iaitu Piala Perdana Menteri, piala iringan, wang tunai US$5,000 (RM15,000), hadiah iringan dan sijil.

Naib johan pula membawa pulang piala iringan dan US$3,000 (RM9,000), manakala pemenang tempat ketiga menerima piala iringan dan US$2,000 (RM6,000). BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan