Perkara Kecil Beri Maksud Mendalam Kepada Rakyat - KSN

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kadangkala perkara kecil akan memberi makna yang mendalam kepada orang awam terutamanya di bidang khidmat pelanggan.

Itu adalah nasihat Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan kepada pegawai kanan kerajaan yang baru dilantik.

"Walaupun apa yang pelanggan kita iaitu orang awam mahu mungkin kecil bagi kita, tapi ia boleh memberi kesan besar kepada mereka seperti tidak meminta salinan kad pengenalan sekiranya mereka menyediakan kad pengenalan asal.

"Dengan memahami apa kemahuan pelanggan, perubahan kepada sistem dan prosedur serta cara kita berhubung dengan mereka akan memberi faedah kepada rakyat," katanya di sini, Khamis malam.

Selain itu Mohd Sidek turut mengingatkan penjawat awam agar tidak hilang fokus terhadap tugas dan tanggungjawab mereka.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan