Penubuhan Jawatankuasa Pemandu Tidak Akan Ditarik Balik: Mustafa

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS tidak akan menarik balik penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah kerana jawatankuasa itu hanya bertindak sebagai penasihat kepada Menteri Besar sehinggalah exconya dan tidak menyalahi undang-undang.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, penubuhan jawatankuasa itu perlu difahami sebelum pihak luar melemparkan sebarang spekulasi, kononnya ia dilihat membelakangkan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew bahawa penubuhan jawatankuasa itu adalah bercanggah dengan akta yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah yang mana Menteri Besar merupakan ketua tertinggi bagi badan eksekutif negeri.

"Dia tak faham undang-undang dan pentadbiran negeri Kedah. Jawatankuasa itu hanya berperanan sebagai penasihat dan tidak mencampuri urusan pentadbiran negeri," katanya ketika dihubungi mStar Online, Jumaat.

Mustafa berkata, jawatankuasa itu tidak terhad dalam memberi nasihat kepada individu tertentu tetapi kepada sesiapa saja yang memerlukan pandangan di kalangan pemimpin parti.

"Sebagai penasihat, kita akan beri nasihat kepada mereka yang memerlukan," katanya.

Sehubungan itu, Mustafa berkata, mekanisme penubuhan Jawatankuasa Pemandu di Kedah masih belum dibincangkan dalam mana-mana mesyuarat selepas sidang media berhubung penubuhannya, Isnin lalu.

"Buat masa ini, belum ada senarai nama yang akan dilantik untuk mengetuai jawatankuasa ini. Insyallah, perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat bulanan parti pada Isnin depan," katanya.

Pada Isnin, PAS Pusat mengumumkan akan menubuhkan Jawatankuasa Pemandu untuk memantau pentadbiran kerajaan Kedah sebagai penyelesaian kemuncak kemelut Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dengan dua bekas exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Jawatankuasa Pemandu itu bertindak sebagai tempat merujuk dan aduan pemimpin PAS Kedah jika tidak berpuas hati dengan keputusan Azizan.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan