Najib Umum 27 EPP dan Projek Kualiti Kehidupan Di Iskandar Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat mengumumkan 27 Projek Permulaan (EPP) dan 32 Projek Kualiti Kehidupan di Iskandar Malaysia, yang dijangka menarik pelaburan bernilai RM139.3 bilion, dari dalam dan luar negara.

Kesemua EPP dan Projek Kualiti Kerajaan yang akan dilaksana mulai tahun ini hingga 2020 itu akan menjana RM25.57 bilion di dalam Pendapatan Kasar Negara (GNI).

"Kesemua EPP dan Projek Kualiti Kehidupan yang merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia itu dijangka mewujudkan 68,000 peluang pekerjaan dalam bidang pelancongan, pendidikan serta minyak dan gas," Najib yang juga Menteri Kewangan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran Program Transformasi Koridor dan Bandaraya Iskandar Malaysia di Persada Johor di sini, yang turut dihadiri isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Perdana Menteri berkata usaha mengubal program itu telah dilakukan oleh Makmal Koridor dan Bandaraya yang dijalankan sejak September hingga November tahun lepas di bawah kelolaan Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU).

Beliau berkata 27 EPP di Iskandar Malaysia akan melibatkan tiga bidang ekonomi iaitu Pendidikan, Pelancongan serta Minyak dan Gas, dengan sasaran GNI sebanyak RM25.3 bilion sehingga 2020.

Katanya lapan daripada EPP dalam bidang Pendidikan itu termasuk usaha memantapkan penyertaan sekolah dan institusi pengajian tinggi swasta dan antarabangsa.

Ia juga akan menjadikan Iskandar Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan untuk inovasi serta penyelidikan dan pembangunan (R&D), katanya.

Bagi bidang Pelancongan pula, Najib berkata terdapat 13 EPP yang dirancang, terutama dalam memastikan pergerakan pelancong ke Iskandar Malaysia tidak terbantut oleh kesesakan dan kekurangan prasarana.

"Satu projek yang akan dilaksanakan serta-merta ialah meningkatkan dan melancarkan laluan masuk ke Iskandar Malaysia untuk semua jenis pengangkutan," katanya dan menambah, lebih banyak hotel untuk pelancong juga akan dibina.

Perdana Menteri juga berkata kerajaan juga akan mewujudkan tarikan pelancongan yang unik dan taman-taman tema bertaraf antarabangsa, di samping aktiviti liburan berasaskan membeli-belah, sukan dan lain-lain.

Untuk sektor Minyak dan Gas pula kata beliau, sebanyak enam EPP di peringkat negeri akan dilaksanakan sehingga 2020, dan ia tidak akan terhad kepada wilayah Iskandar Malaysia sahaja tetapi turut melibatkan Pengerang, di tenggara Johor.

Projek-projek terbabit katanya melibatkan pembinaan terminal dan hab perkhidmatan sokongan petroleum di Tanjung Langsat, terminal petroleum di Tanjung Bin, terminal petroleum dan kompleks perindustrian bersepadu di Pengerang, serta sebuah hab dagangan petroleum, kata Perdana Menteri.

"Kesemua 27 Projek Permulaan ini akan menyumbang dalam mempercepatkan arus pembangunan di Iskandar Malaysia," katanya.

Beliau juga berkata Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) akan terus memajukan sektor-sektor ekonomi tumpuan di Iskandar Malaysia, iaitu petrokimia & oleokimia, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pemprosesan produk makanan dan hasil pertanian serta sektor-sektor perkhidmatan.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan