Muhyiddin Melawat Negeri Sembilan

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA PILAH: Tan Sri Muhyiddin Yassin memulakan lawatan seharinya ke Negeri Sembilan pada Jumaat dengan menghadap Undang Luak Johol, Datuk Datuk Mohd Jan Abdul Ghani di Balai Rasmi Luak Johol pagi ini.

Timbalan Perdana Menteri meluangkan masa selama 30 minit di situ sebelum ke majlis sarapan 1Malaysia di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina Yoke Hua, Kampung Baru Air Mawang, Johol.

Muhyiddin. yang juga Menteri Pelajaran, kemudian mengadakan perjumpaan dengan guru-guru agama, guru-guru takmir, ahli jawatankuasa masjid, guru-guru Kelas Agama Fardhu Ain dan pemimpin-pemimpin masyarakat di Sekolah Menengah Rendah Agama Johol.

Beliau dijadual menunaikan solat Jumaat di Masjid Ulu Inas dan pada petangnya akan ke Seremban kira-kira 50 Km dari sini bagi mengadakan pertemuan dengan Badan Perhubungan BN di Klana Resort sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan