Kita Kelantan Tidak Sokong Zaid Bertanding Atas Tiket Kita Di Kota Baharu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Anggota dan pucuk pimpinan parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Kelantan tidak akan memberi sokongan jika Datuk Zaid Ibrahim bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Kita Kelantan Zakaria Salleh berkata ini kerana Kita Kelantan tidak mengiktiraf Zaid sebagai Ketua parti tersebut dan menyifatkan segala pergerakannya atas sifat peribadi, bukan parti.

"Kita tidak boleh menerima pemimpin yang tidak mempunyai pendirian dalam politik dan berjuang untuk kepentingan diri," katanya kepada Bernama, di sini, Jumaat.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Zaid yang dilapor ingin bertanding di kawasan Parlimen Kota Baharu yang pernah dimenanginya atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum 2004.

Katanya, Kita Kelantan juga memberi sokongan kepada Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim untuk mengambil alih jawatan presiden parti daripada Zaid. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan