JPA Bermesyuarat Minggu Depan Bincang SBPA

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dijadualkan bermesyuarat seawal minggu depan bagi membincangkan sama ada terdapat penjawat awam dan pesara yang sudah memperolehi bayaran gaji dan pencen mengikut skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA), yang telah dibatalkan oleh kerajaan pada Khamis.

Sumber JPA ketika dihubungi Bernama berkata mesyuarat itu dijangka akan dihadiri wakil-wakil dari kementerian, jabatan dan agensi kerajaan.

Sekiranya perkara itu berlaku, sumber itu berkata, mesyuarat tersebut akan mencari mekanisme yang bersesuaian untuk menyelesaikannya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada Khamis mengumumkan pembatalan SBPA dan mengembalikannya kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang ditambahbaik.

Kerajaan pada 12 Januari lepas memutuskan supaya SBPA, yang sepatutnya di laksanakan pada 1 Januari, dikaji semula ekoran rasa tidak puashati penjawat awam.

Sebuah pasukan petugas yang dipengerusikan bekas Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam kemudiannya ditubuhkan dan diberi tempoh tiga bulan untuk meneliti semua aduan serta maklum balas yang dikemukakan dan mengemukakan cadangan penyelesaian. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan