Isu PFN: PKR Saman Balas Shahrizat

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Jumaat memfailkan saman balas terhadap Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berhubung isu dakwaan penyelewengan dana awam bernilai RM250 juta bagi projek Pusat Fidlot Nasional (PFN).

Saman berkenaan difailkan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

"Demi kepentingan nasional dan setelah berbincang dengan peguam-peguam, saya mengambil keputusan untuk mengemukakan saman balas kepada Datuk Seri Shahrizat atas kata-kata berbaur fitnah yang diucapkan di dalam ucapan permbukaan beliau pada Perhimpunan Agung Wanita Umno pada 30 November tahun lalu.

"Saman balas ini memberi ruang kepada saya untuk memastikan bahawa kes PFN ini akan terus dibawa ke mahkamah dan dokumen-dokumen penting dapat dikemukakan di mahkamah bagi pengetahuan umum," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Dalam pada itu menurut Mohd Rafizi, tindakan menyaman balas terhadap Shahrizat diambil bagi mengelakkan kes berkenaan ditarik balik bagi mengelakkan ia dibicarakan di mahkamah.

"Saya khuatir bahawa pihak plaintif mungkin mengambil keputusan untuk melengah-lengahkan perbicaraan ini atau menarik balik saman dalam masa terdekat untuk mengelakkan dokumen-dokumen penting dan pimpinan tertinggi Barisan Nasional diheret ke mahkamah memberi keterangan," katanya.

Sebelum ini Shahrizat memfailkan saman fitnah sebanyak RM100 juta terhadap Mohd Rafizi dan Zuraida berhubung isu yang sama.

Sementara itu Mohd Rafizi berkata, beliau dan Zuraida telah memfailkan pembelaan berhubung saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat.

Kertas pembelaan tersebut turut dihantar ke peguam Shafee&Co yang mewakili Shahrizat.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan