Gempa Bumi Kuat Gegar Kepulauan Vanuatu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi kuat berukuran 7.1 pada skala Richter menggegarkan Kepulauan Vanuatu pada 3.10 petang Jumaat.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, pusat gempa terletak 827 kilometer dari barat daya Nadi, Fiji dan 6,184 kilometer dari tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, gempa tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan