Chua Persoal DAP-PKR Membisu PAS Tubuh Jawatankuasa Pemandu

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULIM: DAP dan PKR dianggap bacul kerana membisu dengan cadangan PAS Pusat menubuhkan Jawatankuasa Pemandu bagi memantau pentadbiran kerajaan negeri Kedah yang menggambarkan mereka tiada hak sebagai sekutu dalam pakatan pembangkang, kata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.

Beliau berkata DAP dan PKR seharusnya memberi pandangan sekiranya kehadiran mereka dalam pentadbiran kerajaan PAS Kedah diperlukan.

"Kemelut ini menjelaskan betapa lemahnya PAS yang menunjangi kerajaan pakatan di Kedah, bercakaran sesama sendiri dan mengecewakan rakyat yang memberi mandat," katanya kepada pemberita selepas perjumpaan dengan hampir 200 pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, petang Khamis.

Turut hadir Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Heng Seai Kie, pengerusi MCA Kedah, Datuk Chong Itt Chew dan Penyelaras Parlimen Padang Serai, Dr Chin Tung Leung.

Cadangan penubuhan jawatankuasa itu diumumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebagai jalan menyelesaian pergeseran antara Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak dan dua Exconya, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr Ismail Salleh.

Soi Lek menempelak DAP yang sering menonjol sebagai jaguh dalam banyak perkara tetapi dalam isu ini mereka tidak pula mengambil peduli.

Menurutnya rakyat Kedah sangat kecewa dengan kejadian yang menimpa kerajaan Pas Kedah kerana jawatankuasa pemandu adalah 'orang-orang luar' yang tidak mendapat mandat rakyat Kedah.

Dalam isu lain, Soi Lek mahu Jawatankuasa Gaji Minimum mengkaji pendapat pekerja berhubung pelaksanaan gaji minimum bagi mengimbangi pendapatan pekerja di bandar dan luar bandar keluar dari garis kemiskinan. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan