Agong Rasmi Pembukaan Dewan Rakyat Isnin, Undang-Undang Ganti ISA Dijangka Tumpuan Utama

Diterbitkan: Jumaat, 9 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah akan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Parlimen bagi Penggal Kelima pada Isnin ini.

Seri Paduka akan menyempurnakan majlis istiadat berkenaan buat pertama kali selepas dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 berkuatkuasa Disember lepas.

Pada majlis itu, Seri Paduka dijadual menyampai titah ucapan diraja yang akan dibahaskan oleh kesemua anggota Parlimen bermula Selasa.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini dijadual berlangsung selama 20 hari bermula Isnin hingga 12 April depan.

Daripada perspektif politik, persidangan itu dilihat amat signifikan kerana beberapa agenda penting, yang bakal mengubah landskap politik, ekonomi dan sosial di negara ini, dijangka dibentangkan pada mesyuarat itu.

Antaranya pembentangan dua undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 pasti akan diberi fokus tambahan oleh pelbagai pihak, khususnya pemerhati politik.

Kerajaan sebelum ini dilaporkan akan membentangkan dua rang undang-undang baru yang sesuai bagi menggantikan ISA pada persidangan Parlimen kali ini.

Tugas berat menanti 222 anggota Dewan Rakyat yang menggalas harapan rakyat untuk memastikan undang-undang baru digubal itu mampu memelihara keamanan dan kesejahteraan rakyat dan negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini memberi jaminan bahawa dua akta baru yang akan menggantikan ISA bakal mewujudkan perseimbangan antara hak asasi individu, kebebasan sivil dan menjaga keamanan awam.

Langkah itu, katanya akan membolehkan Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang progresif dengan lebih baik dan dihormati negara lain.

Menurutnya undang-undang baru itu juga akan digubal di bawah 'semangat serta payung' Perkara 149 Perlembagaan Persekutuan bagi mencegah perbuatan subversif, keganasan terancang dan perbuatan jenayah.

Akta ISA hanya akan dimansuhkan selepas dua undang-undang baru itu diwartakan.

Selain itu, pindaan Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 yang akan memberi kebebasan kepada warga kampus untuk berpolitik, juga bakal mendapat perhatian anggota Dewan Rakyat.

Kerajaan secara dasarnya telah bersetuju untuk meminda AUKU dengan menekankan kepada dua prinsip iaitu membenarkan mahasiswa terlibat dalam aktiviti dan parti politik di luar kampus dan mengekalkan kampus sebagai entiti yang bebas daripada aktiviti politik kepartian.

Seksyen 15 AUKU 1971 menyebut pelajar atau pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar dilarang bersekutu dengan persatuan kecuali sebagaimana diperuntukkan di bawah Perlembagaan, atau diluluskan oleh Naib Canselor.

Tumpuan juga akan diberikan kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Mengenai Penambahbaikan Proses Pilihan Raya yang akan membentangkan laporan akhir mengenai syornya di Parlimen sebelum diwartakan menjelang minggu pertama April.

Ramai pasti menunggu seberapa banyak cadangan yang dikemuka jawatankuasa itu akan diterima Suruhanjaya Pilihan Raya untuk dilaksanakan.

Walaupun terdapat beberapa isu penting lain seperti penyenaraian Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) ke Bursa Malaysia dan pertukaran saham MAS-Air Asia, namun ramai yang berpendapat, urusan-urusan kerajaan di atas perlu diselesaikan segera kerana ia sebahagian 'perisai' penting untuk Barisan Nasional (BN) berdepan 'musuh' pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Mandat semasa akan berakhir April 2013. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan