Senarai Kontrak K'jaan S'gor 2006-2010 Akan Dipamerkan - Khalid Ibrahim

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan membentangkan dokumen senarai pemberian kontrak tanpa tender pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 19 Mac ini, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya orang ramai boleh meneliti dokumen itu dan melihat sendiri jumlah sebenar kontrak yang diluluskan tanpa melalui proses tender sejak pakatan pembangkang memerintah negeri itu pada 2008.

Bagaimanapun sebagai perbandingan, dokumen senarai kontrak tanpa tender itu bermula 2006 hingga 2010, katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco kerajaan negeri, di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata demikian ketika mengulas dakwaaan pengarang portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin bahawa kerajaan negeri itu memberi projek secara rundingan terus dan bukan tender sejak memegang tampuk pemerintahan negeri itu.

Beliau tidak menafikan terdapat situasi di mana kontrak diberikan secara terus apabila berlaku kejadian seperti tanah runtuh di mana kerajaan negeri perlu mendapatkan khidmat perunding untuk tindakan yang segera.

Katanya keputusan seperti itu dibuat dengan persetujuan semua exco negeri dan tidak bercanggah dengan peraturan termasuk dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam sebuah laporan akhbar semalam, Raja Petra juga berkata jika kerajaan negeri menafikan dakwaan berkenaan, beliau akan menyiarkan butiran kontrak seperti nombor dan tarikh kontrak serta nama syarikat terbabit dalam blognya atau melaporkan terus kepada SPRM.

Sementara itu, mengulas sesi pendengaran awam oleh Jawatankuasa Pilihan Khas mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat), Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengambil tindakan sewajarnya melalui hasil yang diperolehi dari jawatankuasa itu.

"Itulah tujuan Selcat diadakan untuk mendedahkan segalanya kepada semua pihak dengan telus dan tindakan akan dibuat melalui hasil dan maklumat yang diperolehi dari pendengaran yang diadakan," katanya.

Selcat, yang bersidang pada Isnin lepas dan berakhir hari ini, mendengar isu seperti pengurusan pasir oleh pemegang konsesi Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), tadbir urus Yayasan Selangor dan laporan pengauditan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS). -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan