Saya Tiada Kena-Mengena Dengan Projek KL Eco City - Shahrizat - Berita Semasa | mStar

Saya Tiada Kena-Mengena Dengan Projek KL Eco City - Shahrizat

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hari ini menjelaskan beliau tidak ada kena-mengena dengan projek pembangunan KL Eco City seperti dakwaan Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, berkata segala soalan berkaitan pembangunan mahupun pembelian hartanah itu perlu dirujuk kepada pihak pengurusan KL Eco City.

"Kepada Anggota Parlimen Lembah Pantai, saya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau atau mana-mana pihak yang membuat fitnah dan tohmahan mengaitkan saya dengan KL Eco City ini," katanya dalam satu kenyataan.

Nurul Izzah dilaporkan meminta Shahrizat menjelaskan penglibatan beliau dalam pembangunan projek hartanah itu yang terletak berhampiran Jalan Bangsar dan bertentangan dengan Mid Valley City. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan