Pelarasan Gaji Akan Mula Dibayar Seawal Mac Hingga April – Omar Osman - Berita Semasa | mStar

Pelarasan Gaji Akan Mula Dibayar Seawal Mac Hingga April – Omar Osman

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Datuk Omar Osman berkata pelarasan gaji yang diumumkan pada Khamis oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah berkuatkuasa sejak 1 Januari lalu dan ia akan mula dibayar mulai bulan ini atau April.

"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Khas Penjawat Awam bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Beliau berkata perbincangan tersebut dibuat oleh Cuepacs bersama Perdana Menteri sebaik sahaja perhimpunan berkenaan selesai.

Pada perhimpunan itu Najib turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.

Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara.

Mengulas lanjut mengenai penubuhan suruhanjaya khas yang diumumkan, Omar berkata beliau akan membangkitkan beberapa perkara yang belum diputuskan dalam suruhanjaya yang dibentuk itu.

"Kita lega sedikit, saya harap suruhanjaya ini akan memberi tumpuan kepada tuntutan Cuepacs yang lain," katanya.

Beliau juga berharap kenaikan gaji yang diberikan tidak diikuti dengan kenaikan harga barangan yang boleh membebankan pengguna.

Justeru, Omar berkata pengumuman kerajaan sudah pasti disambut baik 1.4 juta penjawat awam dan beliau berharap tiada lagi suara tidak puas hati sebaliknya mereka perlu membalas keperihatinan kerajaan dengan bekerja lebih rajin serta berusaha meningkatkan produktiviti.

Mengenai Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) beliau berkata, PTK kekal dimansuhkan seperti mana yang diumumkan sebelum ini dan diganti dengan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK).

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan