Muhyiddin Lawat Negeri Sembilan Esok

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEREMBAN: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan kerja sehari ke Negeri Sembilan esok.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Muhyiddin dan isteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dijadual tiba dengan helikopter di padang Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Abdul Manaf, Pekan Air Mawang, Johol pada kira-kira pukul 8.30 pagi.

"Saya akan menyambut rombongan Timbalan Perdana Menteri bersama dengan ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan serta pegawai kanan kerajaan dan pemimpin Barisan Nasional (BN) negeri," katanya di sini, Khamis.

Katanya Timbalan Perdana Menteri dan rombongan memulakan lawatan kerjanya dengan bersarapan pagi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Yoke Hwa, Air Mawang.

"Timbalan Perdana Menteri kemudian akan menghadiri perjumpaan dengan guru-guru agama, guru-guru Takmir, ahli jawatankuasa masjid, guru-guru Kafa dan pemimpin-pemimpin masyarakat di Sekolah Menengah Rendah Agama Johol.

"Seterusnya beliau menghadiri jamuan makan tengahari di tempat yang sama, sebelum menunaikan solat Jumaat di Masjid Kariah Ulu Inas," katanya.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi BN, kemudiannya akan menghadiri perjumpaan tertutup bersama Badan Perhubungan BN Negeri Sembilan di Klana Resort, Seremban pada 5 petang.

Selepas itu, beliau akan mengadakan perjumpaan tertutup bersama Jawatankuasa Bahagian-Bahagian BN, diikuti jamuan petang di tempat di tempat sama, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan