MAS Umum Pesawat A380-800 Berwajah Baru

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUBANG: Malaysia Airlines (MAS) pada Khamis mengumumkan wajah baharu Airbus A380-800, pesawat utama syarikat penerbangan itu, yang akan diserahkan pada Jun.

Berbeza dengan jalur warna merah dan biru sebelumnya, badan pesawat A380 dua dek itu kini mempunyai jalur tiga variasi warna biru, dengan diselangi garisan berwarna perak, pada bahagian tengah badannya yang berwarna putih.

Logo ikon "wau" Kelantan pada ekor pesawat itu dikekalkan tetapi dalam warna biru, dengan tulisan "Malaysia Airlines" pada kedua-dua sisi kapal terbang itu.

Bagaimanapun, wajah baharu itu tidak melibatkan kumpulan pesawat sedia ada, melainkan jika pengurusan MAS membuat keputusan sebaliknya, kata pegawai-pegawai syarikat penerbangan itu pada satu taklimat di sini, Khamis.

Kata mereka, MAS akan menggunakan pesawat baru itu bagi perkhidmatan komersial pada 1 Julai bermula dengan penerbangan tiga kali seminggu dalam sektor Kuala Lumpur-London.

Pesawat A380 kedua akan diperkenal pada laluan ini mulai akhir Ogos untuk menawarkan operasi dua kali sehari manakala yang ketiga akan digunakan bagi penerbangan Kuala Lumpur-Sydney.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines, Ahmad Jauhari Yahya berkata, syarikat penerbangan itu merupakan yang pertama memperkenal pesawat A380 dalam perkhidmatannya "dengan menggunakan wajah dan suasana baru yang unik, berbanding identiti korporat biasa", untuk mencerminkan tawaran produk dan perkhidmatan premium terbarunya.

"Ini bakal menjadi pesawat utama kami untuk melancarkan tahap keselesaan, kemewahan dan kemudahan yang kami tawarkan dalam penerbangan jarak jauh," katanya dalam satu kenyataan.

Malaysia Airlines, yang menempah enam pesawat A380, adalah syarikat penerbangan kelapan di dunia yang mendapat pesawat itu selepas menunggunya sekian lama.

Pesawat A380 itu mempunyai 494 tempat duduk dalam konfigurasi tiga kelas terdiri daripada tempat duduk kelas pertama dan 350 tempat duduk kelas ekonomi di dek atas.

Pesawat itu akan dikendalikan oleh seramai 18 orang anak kapal.

Banyak kemudahan dalam kapal terbang, seperti hiburan dalam penerbangan, akan dinaikkan taraf dengan lebih banyak tayangan gambar atas pemintaan, manakala siaran lagu dan saluran televisyen akan ditambah.

Ruang tempat duduk mewah, kerusi katil penuh, kemudahan telefon satelit dan port USB serta kemudahan mengecas komputer riba di tempat duduk akan juga dipasang pada pesawat A380 itu.

Penumpang-penumpang juga akan disajikan dengan pilihan hidangan lazat Malaysia dan antarabangsa serta hidangan ringan dan berkonsep sihat.

Buat kali pertama, kemudahan "Chef-on-Call" yang kini disediakan bagi penumpang kelas pertama, akan diperluas kepada penumpang kelas perniagaan dalam pesawat A380.

"Inilah identiti yang mengubah kami daripada klasik tradisi kepada kontemporari premium dalam usaha kami untuk meletakkan Malaysia Airlines sebagai syarikat penerbangan premium pilihan," tegas Ahmad Jauhari. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan