Malaysia Negara Paling Selamat Di Asia Tenggara, Ke-19 Dunia

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Malaysia diiktiraf negara paling selamat di Asia Tenggara dan ke-19 di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2011, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata, ia juga sekaligus membuktikan kesungguhan, komitmen dan kerja keras semua pihak khususnya pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta agensi-agensi berkaitan.

"Ia termasuklah komitmen sukarelawan polis terlatih dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM)," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Beliau turut melahirkan penghargaan dan terima kasih kepada pasukan PDRM dan agensi-agensi berkaitan khususnya dalam memastikan rakyat di negara ini dapat hidup dalam keadaan selamat, aman dan tenteram.

Selain itu katanya, pada tahun lepas, jenayah indeks keseluruhan turut mencatat penurunan sebanyak 11 peratus berbanding tahun 2010, melebihi sasaran yang ditetapkan iaitu lima peratus.

Sementara indeks jenayah jalanan pula mencatat penurunan sebanyak 40 peratus berbanding tahun 2009, iaitu selari dengan sasaran yang ditetapkan.

Sehubungan itu, KDN akan terus komited untuk mengekalkan kedudukan itu pada tahun ini dengan melaksanakan dua strategi iaitu PDRM akan menambah bilangan anggota dan pegawai polis seramai 14,739 untuk melaksanakan aktiviti rondaan khususnya di empat negeri panas iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Hishammuddin berkata, bagi negeri lain yang bukan dalam kategori kawasan panas, seramai 24,000 anggota dan pegawai polis tambahan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) masing-masing akan ditempatkan.

Strategi kedua pula, katanya, ialah memperhebatkan program 'Community Policing' dengan melibatkan penyertaan anggota masyarakat termasuk persatuan penduduk dalam program-program pencegahan jenayah.

Beliau berkata, usaha itu termasuk melaksanakan program '4-Personnel Patrolling Team' di empat negeri kawasan panas serta di Sabah dan Sarawak.

"Menerusi program itu anggota polis akan ditugaskan bersama sukarelawan polis dari Rela dan JPAM dalam melakukan aktiviti rondaan secara serentak di kawasan-kawasan tertentu untuk mengurangkan kadar jenayah sekali gus memastikan masyarakat merasai kehadiran dan penugasan polis," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan