Kerajaan Terima 1,087 Aduan Mengenai SBPA

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kerajaan menerima sebanyak 1,087 aduan dan maklum balas berhubung Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang akhirnya membawa kepada keputusan untuk kembali kepada Sistem Saraan Malaysia (SSM) dengan penambahbaikan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika mengumumkan demikian berkata, penubuhan pasukan petugas khas yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam pada 15 Januari lalu telah meneliti aduan yang diterima serta mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan.

“Sebanyak 23 kesatuan telah mengemukakan cadangan dan sebanyak lapan kesatuan telah membetangkan cadangan mereka.

“Antaranya ialah, Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia ( NUTP), Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Persatuan Pergigian Malaysia (MDA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Majlis Persatuan Akademik Malaysia dan Majlis Pendaftar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA),” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Khas bersama Penjawat Awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada Khamis.

Sebelum ini Cuepacs telah mengemukakan tujuh perkara untuk diteliti semula oleh pihak kerajaan iaitu, pemindaan mata gaji yang kurang adil, kekananan yang tidak diberi pengiktirafan, gaji maksimum, gred yang kekal dan tiada pergerakan, kenaikan 7 hingga 13 peratus, penukaran gelaran/jawatan serta jurang gaji antara kumpulan pengurusan tertinggi dan kumpulan pelaksana.

Dalam pada itu perdana menteri berkata, dalam membuat sesuatu keputusan, kerajaan perlu memikirkan langkah terbaik yang mana pada satu masa perlu mendahulukan kepentingan rakyat namun pada masa yang sama faktor-faktor lain tidak boleh dikesampingkan terutamanya kelestarian ekonomi negara serta keupayaan kewangan kerajaan.

Menurutnya, untuk menjamin ekonomi negara tidak terkesan oleh senario ekonomi global yang tidak menentu, kerajaan perlu meneruskan usaha mengurangkan defisit fiskal negara.

Beliau berkata, pada 2010 defisit negara mencecah 5.6 peratus, manakala tahun lepas ia berjaya dikurangkan kepada lima peratus dan tahun ini ia diharapkan dapat dikurangkan lagi ke tahap 4.7 peratus.

Semakan gaji yang terakhir dilakukan pada 2007, yang menyaksikan penjawat awam menikmati kenaikan gaji antara 7.5 dan 35 peratus.

Justeru, Najib berkata kerajaan amat mengharapkan kefahaman dan kerjasama penjawat awam untuk sama-sama mengharungi dan mendepani cabaran ekonomi global.

"Sungguh pun kita telah berjaya mengeluarkan negara daripada gelora ekonomi global ini, namun usaha perlu digandakan bagi memastikan tahun-tahun mendatang negara kita akan terus bebas daripada belenggu ini.

"Ingatlah…apa yang kita lakukan hari ini sudah tentu mempunyai kesan jangka panjangnya. Kerajaan tidak rela Malaysia menjadi sebuah tragedi kewangan seperti Greece," katanya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan