Hujan Tanpa Henti Sejak Rabu Sebabkan Banjir Kilat Lembah Klang

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keadaan banjir yang menyebabkan tanah runtuh di Jalan Belfield, Kg.Attap turut meragut nyawa seorang budak lelaki berusia 13 tahun.
Keadaan banjir yang menyebabkan tanah runtuh di Jalan Belfield, Kg.Attap turut meragut nyawa seorang budak lelaki berusia 13 tahun.

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan banjir kilat yang berlaku sejak semalam (Rabu) menjejaskan urusan harian warga Lembah Klang hari ini berikutan kesesakan lalu lintas luar biasa yang berlaku di laluan utama menuju ke bandar raya.

Tinjauan Bernama pagi ini mendapati keadaan lalu lintas sesak teruk di laluan masuk ke ibu negara terutama di Lebuhraya Maju Expressway, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Seremban ke Kuala Lumpur.

Jurucakap Plus berkata trafik dilaporkan mengalami kesesakan di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke pusat bandar pagi ini disebabkan penutupan terowong SMART dan kesesakan itu berlaku sejak pukul 6.30 pagi lagi.

Sementara itu, Penguasa Bomba dan Penyelamat Hulu Langat Rafie Sapar berkata seramai 413 mangsa yang dipindahkan ke Surau Kampung Belacan berikutan air naik malam tadi masih berada di sana.

"Sehingga hari ini mereka masih lagi berada di kawasan surau menunggu air surut," katanya ketika dihubungi Bernama.

Rafie berkata, sebanyak 150 buah rumah ditenggelami air di Kampung Belacan dengan kedalaman dua meter.

Katanya lagi, pihak bomba menyediakan dua buah bot dalam keadaan berjaga-jaga di kampung berkenaan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Beliau juga berkata, banjir juga berlaku di Batu 12 Hulu Langat dengan 661 penduduk dipindahkan ke pusat penempatan sementara di Sekolah Kebangsaan Sungai Serai dan Balai Raya Sungai Serai.

Sesi persekolahan di sekolah itu ditutup sementara.

"Seramai 82 anggota bomba masih bertugas dan tujuh buah bot ditempatkan di situ untuk membantu mangsa banjir dan sehingga kini air masih berada sedalam satu setengah meter," katanya.

Seorang penduduk mangsa banjir Farid Rosle, 22, berkata, hujan lebat sejak pukul 7 malam semalam menyebabkan air naik mendadak tanpa diduga penduduk sehingga lebih dari satu meter pada 10 malam tadi.

"Saya dan keluarga saya kini terpaksa berteduh di rumah saudara di Kajang selepas air naik. Pagi ini, air masih lagi di paras yang sama," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan