Hujan Lebat Hampir Lima Jam Punca Banjir Di Ibu Negara

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Banjir kilat di sekitar ibu negara pada Rabu berpunca daripada jumlah hujan yang tinggi berikutan hujan turun selama empat jam 45 minit mulai 6.45 petang, kata Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.

Beliau berkata, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia menunjukkan hujan berterusan sehingga 11.30 malam itu menyebabkan paras air di beberapa kawasan di sepanjang Sungai Klang mencecah paras amaran.

"Kesan hujan lebat itu mengakibatkan 15 kawasan dilanda banjir kilat apabila dinaiki air antara 0.3m dan 1.2m, kecuali di Kampung Periuk, Kampung Baru yang mencatat paras air sehingga 2.1m," katanya dalam kenyataan, Khamis.

Antara kawasan terlibat ialah Lorong Rhu Pertama dan Persiaran Madge di Ampang Hilir; Projek Perumahan Rakyat Hiliran Ampang, Lorong Kiri 14 dan 15 serta Jalan Keramat 1 dan 2 di Datuk Keramat; Jalan Limau Kasturi, Bangsar; Jalan Liew Weng Chee Off Jalan Yap Kwan Seng; Jalan Melaka; dan Kampung Pasir Baru, Jalan Klang Lama. Kawasan lain yang terjejas ialah Jalan Travers, Brickfields, Jalan Bandar, Jalan Loke Yew, Jalan Sultan Salahuddin dan Jalan Munshi Abdullah.

Raja Nong Chik berkata, hanya satu kawasan melibatkan pemindahan sementara iaitu di Kampung Periuk, Kampung Baru yang dinaiki air sedalam 2.1 meter, dengan 784 penduduk melibatkan 174 keluarga dipindahkan ke dewan Kelab Sultan Sulaiman.

Mereka dibenar pulang pada pukul 12.30 pagi tadi selepas banjir surut.

"Tinjauan dan bancian petugas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mendapati lebih 16 kenderaan terperangkap dan rosak akibat banjir kilat itu," katanya.

Selain itu, DBKL menerima tiga laporan mengenai tanah mendap dan tanah runtuh, termasuk di Jalan Belfield, Kampung Attap melibatkan kuaters Jabatan Kerja Raya yang dihuni lapan keluarga.

"Kejadian itu mengorbankan seorang mangsa berumur 13 tahun yang tertimbus sehingga paras dada ketika kejadian dan meninggal dunia di hospital," katanya.

Raja Nong Chik berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan JKR dan pemantauan mengenai pergerakan tanah dan keselamatan di kawasan itu dilakukan DBKL dan polis.

Kejadian tanah mendap pula berlaku di Jalan Nipah iaitu berhadapan ibu pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia dan di Jalan Robson, Taman Seputeh. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan