Henti Kaitkan Nama Saya Dengan Kes Khalwat Pemimpin PKR - Tengku Abdullah

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah supaya pihak yang terlibat berhenti mengaitkan nama baginda dengan siasatan kes khalwat pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Badrulamin Baharon di negeri ini baru-baru ini.

Baginda bertitah dakwaan yang mengatakan bahawa baginda terlibat dalam siasatan kes itu adalah sangat mengejutkan kerana semasa kejadian itu, baginda tidak berada di tanah air.

"Ketika kejadian saya tidak ada di dalam negara, saya cuma nak tahu siapa yang terlibat...tak bolehlah kaitkan saya dengan kes ini sebab ini adalah masalah peribadi.

"Minta jasa baik hentikan perkara ini, saya harap tak perlulah kaitkan lagi nama saya dan jika kes ini (khalwat) memang berlaku, biarlah pihak yang bertanggungjawab yang menyiasat dan saya ikhlas tidak menyebelahi mana-mana pihak," titah baginda.

Baginda bertitah kepada pemberita selepas meninjau beberapa venue Sukan Malaysia (Sukma) Pahang XV di Kompleks Sukan Pahang, Bandar Indera Mahkota di sini, Khamis.

Tengku Abdullah diminta mengulas beberapa laman blog yang mengaitkan nama baginda dalam siasatan kes tangkapan khalwat Dr Badrulamin dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok minggu lepas.

Sementara itu, menurut laporan Utusan Malaysia semalam Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Datuk Mohamad Sahfri Ab Aziz berkata dakwaan Badrulamin bahawa Tengku Abdullah mengenalinya boleh dibuat oleh sesiapa sahaja kerana baginda sememangnya mengenali dan dikenali oleh semua orang.

Dalam pada itu mengenai lawatan tersebut, Tengku Abdullah berpuas hati dengan kemajuan kerja-kerja pembinaan venue-venue yang akan digunakan pada Sukma XV Julai ini iaitu Stadium Darul Makmur, stdium hoki termasuk kolam renang yang dikatakan lewat siap mengikut jadual.

"Saya telah pergi melihat kolam renang tadi dan dikatakan bumbung yang diimport tidak sampai lagi dan ini melewatkan kerja-kerja pembinaan.

"Harap kontraktor terlibat bagi tumpuan sepenuhnya supaya baki 11 peratus pembinaan dapat disiapkan dalam bulan ini juga," titah baginda.

Baginda turut berpesan kepada kontraktor agar memberi perhatian kepada pembinaan venue-venue lain seperti stadium bagi mengelak kejadian tidak diingini seperti bumbung runtuh sewaktu atau selepas penganjuran Sukma kelak. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan