Datuk Shamsubahrin Dakwa Ada Bukti SMS Yang Beliau Tidak Menipu NFCorp

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Datuk Shamsubahrin Ismail pada Rabu telah menyerahkan telefon bimbitnya termasuk transkrip teks sistem pesanan ringkas (SMS) kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membuktikan yang beliau tidak menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFCorp) Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail sebanyak RM1.76 juta sebagaimana yang didakwa.

“Memang saya tidak bersalah. Sebab itulah saya datang ke sini (SPRM) untuk menyerahkan bukti bahawa saya tidak pernah menipu Datuk Salleh,” katanya kepada para pemberita ketika ditemui di luar bangunan Ibu Pejabat SPRM di sini.

Peguam Shamsubahrin, N. Surendran kemudiannya memberitahu pemberita, bukti yang diserahkan kepada SPRM adalah berkaitan dakwaan kononnya anak guam beliau terlibat dalam percubaan untuk merasuah anggota polis.

“Transkrip SMS itu akan membuktikan bahawa sebenarnya beberapa orang penting dalam NFCorp yang sebenarnya cuba merasuah anggota polis supaya kes tersebut dalam ditutup...,” kata peguam itu lagi.

Surendran yang juga naib presiden PKR berkata, bukti yang diserahkan oleh anak guamnya itu adalah satu bukti yang sangat kukuh dan boleh membuktikan juga yang dia tidak bersalah.

Pertemuan antara Shamsubahrin dengan pegawai-pegawai SPRM berlangsung selama lebih sejam dan perbualan mereka dirakamkan melalui perakam video.

Shamsubahrin telah didakwa Disember lepas kerana cuba menipu Mohamad Salleh, yang juga merupakan suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebanyak RM1.76 juta.

Kesnya akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen 4 April depan.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan