Azizan Persembah Nama Dua Exco Kepada Sultan Kedah

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada Khamis mempersembahkan nama dua exco yang terbabit dalam kemelut pentadbiran kerajaan negeri kepada Sultan Kedah, untuk dipertimbangkan dilantik semula ke jawatan itu.

Azizan dilihat memasuki Istana Anak Bukit di sini pada pukul 4.50 petang sebelum keluar semula hampir sejam kemudian.

Ketika ditemui pemberita di luar pekarangan istana dan ditanya sama ada nama terbabit sudah mendapat perkenan tuanku, beliau berkata: "Sultan akan perkenan kemudian... ambil masa sikit."

Mengenai tarikh angkat sumpah kedua-dua exco berkenaan, beliau berkata, pihaknya akan menunggu perkenan Sultan sebelum menetapkan majlis kerana perkara itu bergantung kepada kelapangan baginda.

Pada 28 Februari lepas, hanya lapan daripada 10 exco mengangkat sumpah bagi pelantikan semula jawatan, manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr Ismail Salleh tidak disenaraikan untuk berbuat demikian.

Tempoh khidmat mereka tamat secara rasmi semalam.

Ketika ditemui pemberita pada hari mengangkat sumpah itu, Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah, berkata, beliau enggan dilantik semula kerana mempunyai perbezaan pendapat yang 'kritikal' dengan Azizan dalam soal pentadbiran kerajaan negeri.

Bagaimanapun pada 5 Mac lalu, Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur mengarahkan kedua-dua exco berkenaan menerima semula pelantikan sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan