Apple Lancar iPad Generasi Ketiga

Diterbitkan: Khamis, 8 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

iPad terkini tampil dengan ciri hebat seperti paparan skrin yang lebih jelas serta sistem pemproses yang laju.
iPad terkini tampil dengan ciri hebat seperti paparan skrin yang lebih jelas serta sistem pemproses yang laju.

SAN FRANCISCO: Apple melancarkan iPad generasi ketiga dengan ciri-ciri lebih canggih bagi mengekalkan kedudukannya sebagai kuasa besar dalam pasaran komputer tablet dunia.

iPad baru itu didatangkan dengan perisian lebih berkuasa, paparan resolusi tinggi setaraf iPhone 4S dan kemampuan untuk disambungkan kepada rangkaian telekomunikasi 4G LTE yang dapat menggerakkan data lebih pantas berbanding iPad sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Apple, Tim Cook berkata, jualan iPad mengatasi pengeluar komputer peribadi pada tiga bulan terakhir tahun lalu. AFP

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan