Zamil 'Syok Sendiri', Ahli Kita Masih Bersatu Di Bawah Pimpinan Saya - Zaid

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (Kita) Datuk Zaid Ibrahim menegaskan bahawa ahli-ahli dalam parti itu masih bersatu di bawah pimpinan beliau.

Justeru katanya, tidak timbul persoalan sama ada beliau atau bekas Pengerusi Kita Kedah, Zamil Ibrahim yang bertindak menerajui parti berkenaan.

"Parti Kita ini 'katanya' telah diambil alih oleh saudara Zamil Ibrahim dari Kedah.

"Itu dia 'syok sendiri' tak apa. Kalau dia nak ambil alih itu hanya angan-angan dia sendiri," katanya pada sidang media khas yang diadakan di kediamannya, dekat sini, Rabu.

Zaid menegaskan, seramai 25 daripada 30 ahli jawatankuasa pusat masih setia bersama beliau, sementara pemecatan dua pengerusi negeri iaitu Zamil dari Kedah dan Tan Tee Beng dari Pulau Pinang adalah kekal.

Jumlah tersebut, kata beliau secara tidak langsung dapat menolak spekulasi bahawa parti itu sedang 'tenat' sambil berpendapat isu kepimpinan yang timbul sebagai sudah selesai.

"Itu semua cerita tidak betul dan rekaan yang dibuat pihak tertentu.

"Tak timbul masalah dalam parti atau sokongan terhadap pimpinan Kita, langsung tidak ada dan kita harap soal kepimpinan ini selesai," katanya.

Mengulas lanjut mengenai Zamil yang mendakwa dirinya sebagai presiden Kita yang baru menggantikan beliau, Zaid berkata pihaknya telah mendapatkan khidmat nasihat peguam berhubung perkara ini.

Malah, penjelasan mengenai perkara itu juga telah diberikan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dan beliau percaya pihak pendaftar berpuas hati dengan penjelasan tersebut.

"Pendaftar tak boleh tukar presiden parti, tak boleh bubar parti kecuali sesebuah pertubuhan itu melanggar undang-undang pertubuhan atau undang-undang negara lain.

"Kalau setakat aduan bahawa kononnya Kita langgar peraturan parti, itu (hanya) soal dalaman parti. Itu bukan caranya...merayu kepada pertubuhan.

"Bila orang kena pecat selalu tak puas hati. Kalau tak puas hati dengan keputusan parti, terpaksalah bawa ke mahkamah," jelasnya.

Menurut Zaid, persoalan tentang pembubaran parti Kita juga tidak lagi timbul memandangkan 'kesilapan' yang beliau lakukan dalam parti sebelum ini telah diperbetulkan dengan memecat Zamil dan Tan.

"Saya tak kata nak bubar, saya kata cuma ada masalah dalaman parti, masalah arah tuju dan soal pokok atau gunakan parti untuk kepentingan tertentu.

"Kalau ada ahli nak tentang saya seperti yang berlaku di Kedah, kita tutup. Tapi lepas mesyuarat, kita rasakan kita pecat sahaja tak payah tutup.

"Bila pecat, soal parti selesai, tak payah bubar," beliau memberi penjelasan.

Kemelut dan krisis dalaman Kita timbul selepas Zaid mengumumkan untuk membubarkan parti yang berusia lebih setahun itu menerusi satu mesyuarat agung luar biasa (EGM).

Hasrat pembubaran itu menerima tentangan hebat daripada beberapa pengerusi parti peringkat negeri khususnya Zamil dan Tan yang menggesa agar Zaid meletak jawatan dan keluar daripada parti dan akhirnya membawa kepada pelucutan jawatan kedua-duanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan