Tindakan Serang Balai Polis Satu Kesalahan - PBPM

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Tindakan menyerang balai polis merupakan satu kesalahan serius serta boleh mendatangkan kecederaan kepada anggota polis yang bertugas, kata Presiden Persatuan Bekas Polis Malaysia (PBPM) Shafie Bakri.

Beliau berkata dalam masyarakat moden pada hari ini, tindakan menyerang dan merusuh di balai polis merupakan tindakan tidak bertamadun dan satu kesalahan kerana merosakkan harta benda awam.

"Sekiranya ada penduduk kampung atau individu yang tidak berpuas hati dengan pihak polis, ia boleh diselesaikan secara rundigan atau mereka boleh berjumpa sendiri dengan ketua balai atau ketua polis daerah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Rabu.

Beliau mengulas laporan akhbar tempatan mengenai kira-kira 100 penduduk kampung menyerang balai Polis Teluk Bahang, Pulau Pinang dengan melempar batu dan membuat bantahan kerana tidak berpuas hati dengan tindakan seorang anggota polis yang membaling topi keledar ke arah sekumpulan mat rempit ketika menjalankan tugas membanteras mat rempit.

Tindakan itu menyebabkan seorang mat rempit terjatuh dan mengalami kecederaan ketika cuba melarikan diri. Shafie berkata sekiranya dakwaan penduduk kampung itu benar, mereka perlulah membuat laporan di balai polis mengenai dakwaan salah laku anggota polis berkenaan dan bukannya menyerang balai polis secara beramai-ramai.

"Sebagai masyarakat di Malaysia yang terkenal dengan sikap sopan-santun, apabila kita mendengar berita tersebut kita hendaklah menyiasat dulu dan jangan sesekali mudah percaya dengan khabar angin, mungkin perkara itu tidak benar," katanya.

Beliau berkata tindakan penduduk kampung itu boleh menjejaskan imej polis dan mengganggu pelaksanaan tugas mereka dengan berkesan.

"Saya rasa perkara ini tidak boleh kita salahkan polis sahaja kerana polis mungkin melakukan operasi bagi membanteras kegiatan mat rempit dan jenayah, ini memang tanggungjawab mereka... ibu bapa sepatutnya tahu apa yang dilakukan oleh anak mereka dan bukannya membiarkan mereka membuat masalah di luar," katanya.

Beliau berkata insiden serangan itu perlu disiasat segera bagi memberi keadilan kepada semua pihak yang terlibat.

Sementara itu,, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan insiden berkenaan namun enggan mengulas lanjut. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan