Polis Ambil Tindakan Semua Yang Langgar Undang-Undang - KDN

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang didapati melanggar undang-undang baik anggota pasukan keselamatan itu sendiri atau orang awam yang bertindak melaksanakan sendiri undang-undang.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Salleh Mat Rasid berkata tiada siapa di negara ini yang tidak tertakluk kepada undang-undang negara.

"Masyarakat tidak seharusnya mengambil undang-undang di tangan sendiri, sebaliknya harus membuat laporan polis atau aduan rasmi kepada ketua balai," katanya kepada pemberita, di sini, Rabu.

Beliau mengulas mengenai insiden kira-kira 100 penduduk kampung menyerang balai polis di Teluk Bahang pada Ahad lepas setelah tidak berpuas hati dengan tindakan anggota polis yang didakwa membaling topi keledar ke arah sekumpulan penunggang motosikal dalam operasi membanteras 'mat rempit' di kawasan itu.

Dalam kejadian 11 malam Sabtu itu, lima daripada penunggang motosikal terbabit terjatuh dan cedera dengan dua daripadanya dilapor parah dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang. Mengulas lanjut, Salleh berkata siasatan berhubung insiden itu masih berjalan. "Kami telah mengadakan sesi perjumpaan dengan penduduk kampung untuk membincangkan hal ini untuk melicinkan siasatan kes," katanya.

Susulan kejadian itu, seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditukarkan ke unit lain sementara menunggu siasatan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan