KDN Tidak Puas Hati Penjelasan Akhbar The Star

Diterbitkan: Rabu, 7 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Rabu mengeluarkan satu kenyataan menegaskan bahawa ia tidak berpuas hati dengan penjelasan akhbar The Star berhubung penyiaran gambar seorang artis luar negara dengan tubuhnya bertatu tulisan "Allah" di akhbar itu pada 27 Februari lalu.

Sehubungan itu, KDN menuntut akhbar berbahasa Inggeris itu mengemukakan cadangan tindakan lebih tegas kepada pihak kementerian bagi memastikan kesilapan sama tidak berulang selain dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan.

"KDN ingin menegaskan supaya The Star dan pihak media seluruhnya mengambil tindakan 'preventive', 'corrective' dan 'informative' bagi mengelak paparan kandungan yang menyentuh sensitiviti masyarakat berbilang kaum dan agama di negara ini," kata KDN dalam kenyataan itu.

Pada 27 Februari lepas, KDN telah pun meminta The Star memberi penjelasan mengenai penyiaran gambar berkenaan.

Sehari kemudian, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim mengumumkan pembatalan konsert penyanyi itu yang dijadualkan berlangsung pada 29 Februari kerana melanggar garis panduan Agensi Pusat Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).

Beliau dilaporkan berkata perbuatan artis itu meletakkan tulisan "Allah" di badan tanpa baju adalah satu penghinaan kepada agama Islam dan merupakan kesalahan yang serius.

The Star dalam pada itu membuat permohonan maaf di akhbarnya dan laman portal beritanya berhubung penyiaran gambar berkenaan.- BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan