Takziah, Simpati Kepada Mangsa Kemalangan Bas Persiaran

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan mengucapkan takziah kepada waris keluarga dua warganegara India yang terbunuh dalam kemalangan bas persiaran di KM4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, dekat sini, semalam.

Menurut satu kenyataan pada Selasa, Kementerian Pelancongan melahirkan simpati kepada 20 lagi mangsa dan anggota keluarga mereka dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk membantu melakukan tindakan sewajarnya.

Setakat ini, pegawai kementerian telah melawat kesemua 20 mangsa yang dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Selayang.

"Mereka juga menemui pegawai daripada Suruhanjaya Tinggi India di Malaysia, wakil TLM Leisure & Convention yang menguruskan kumpulan pelancongan ini di Malaysia; serta wakil agensi pelancongan D. Paul Travel & Tours dari New Delhi, yang tiba di Kuala Lumpur pagi ini," menurut kenyataan itu.

Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, bas yang membawa pelancongan dari India itu hilang kawalan ketika menuruni kawasan bukit lalu terbabas dan menyebabkannya terbalik di bahu jalan di kilometer 4.5 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat sini ketika sedang dalam perjalanan ke ibu negara dari Genting Highlands. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan