Projek Ternakan Udang RM1 Bilion Di Marang Mula Tengah Tahun Ini

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Projek ternakan udang di Marang, melibatkan pelaburan RM1 bilion antara syarikat tempatan dan rakan kongsi dari China akan bermula pertengahan tahun ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengumumkan demikian berkata, projek kerjasama antara Ocean Aquatic Marine (M) Sdn Bhd dengan Zhanjiang Guolian Aquatic Products Co Ltd, akan membuka sekurang-kurangnya seribu pekerjaan baru di negeri tersebut.

Pelaburan sebanyak RM1 bilion itu adalah untuk tempoh lima tahun, ujarnya lagi.

Projek ternakan udang itu akan dijalankan di Kampung Pasir Putih, Marang.

Menurut Ahmad Said, projek berkenaan adalah sebahagian daripada projek di bawah Koridor Pembangunan Pantai Timur (ECER) yang bernilai RM9 bilion secara keseluruhannya.

Ia melibatkan industri pelancongan, akuakultur, pembuatan dan pendidikan.

“Nampaknya misi menarik pelaburan Kerajaan Negeri Terengganu ke China tahun lalu tidak sia-sia,” katanya dalam satu sidang akhbar, Selasa.

Pada masa yang sama, kata Ahmad Said, kerajaan negeri juga sedang mencari rakan pelaburan yang berminat untuk melabur di dalam projek penternakan ikan kerapu dan projek akuakultur di Rantau Abang, Dungun.

Beliau turut memaklumkan antara projek lain yang berskala besar ialah Projek Lembah Silika berkeluasan 1,800 hektar di Setiu dan Marang. Ia adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan