PR Selangor Yakin Menang Dua Pertiga - MB

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat (PR) mampu menang di Selangor dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum akan datang.

Katanya, keyakinan tersebut adalah bersandarkan empat tinjauan yang telah pun dijalankan di seluruh negeri tersebut.

"Saya kata ini berdasarkan 4 tinjauan yang berlainan di Selangor termasuk satu tinjauan bebas yang dibuat oleh sebuah firma bebas dari Australia," kata Khalid dalam satu temuramah khas dengan Pengarang HarakahDaily, Zulkifli Sulong.

Menurut Khalid, berdasarkan tinjauan yang dibuat itu, beliau yakin PR mampu memperolehi lebih 40 kerusi daripada 56 kerusi DUN Selangor.

Keyakinan ini juga berdasarkan persiapan PR Selangor jauh lebih baik berbanding dengan persiapan menjelang pilihan raya 2008 lalu.

Khalid juga dipetik sebagai berkata, dari segi pentadbirannya, beliau akan menasihatkan Sultan Selangor agar membubarkan DUN hanya selepas bulan Jun.

Oleh itu, jika Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk membubarkan Parlimen sebelum tarikh tersebut, Selangor berkemungkinan besar akan mengadakan pilihan raya berasingan dengan peringkat parlimen.

"Ini perkara biasa. Dun Sarawak sekarang menjalankan pilihan raya berasingan dengan peringkat Parlimen," kata Khalid lagi.

Khalid berkata, langkah ini diambil untuk memastikan semua perancangan yang dibuat oleh Selangor terlaksana sebagaimana yang dijanjikan.

Beliau juga yakin, jika Selangor membuat pilihan raya selepas bulan Jun, mereka akan memperolehi keputusan yang lebih baik.

Bagaimanapun Khalid berkata beliau tetap akur sekiranya Sultan Selangor memutuskan untuk membubarkan DUN pada tarikh yang lain daripada yang dicadangkan.

"Saya hanya menasihat berdasarkan perlembagaan," katanya lagi.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan