Polis Persoal Tindakan Hilmi Lari Ke Indonesia

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Polis mempersoalkan tindakan Hilmi Hazimin Malek, yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes penyebaran gambar separuh bogel Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor Elizabeth Wong, melarikan diri ke luar negara sehingga ditahan pihak berkuasa Indonesia di Pulau Batam kerana memiliki dokumen perjalanan palsu.

"Kalau dia (Hilmi) tidak bersalah, mengapa dia patut takut dan lari ke luar negara, kalau dia berada di pihak yang benar, maka beliau perlu menjelaskan segala-galanya," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Aziz Zakaria kepada Bernama.

Beliau berkata keterangan Hilmi Hazimin akan membantu siasatan terperinci polis berhubung rakaman dan penyebaran gambar Wong.

Sebuah portal Indonesia sebelum ini melaporkan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai 'Azmin Helmi', yang kemudian disahkan sebagai Hilmi Hazimin, ditahan Imigresen Indonesia kerana memiliki dokumen palsu.

Hilmi dikesan mempunyai alamat di Ampang, Selangor dan dikatakan memiliki kad pengenalan serta kad keluarga Indonesia palsu.

"Kita telah merakam kenyataan ibu bapa dia (Hilmi) dan kita percaya kes ini dapat diselesaikan dengan segera," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan