Masalah PAS Kedah Jauh Daripada Selesai - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KULAIJAYA: Tindakan PAS menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memantau Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan krisis kepimpinan di negeri itu jauh daripada selesai, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tugas Datuk Seri Azizan kini lebih mencabar dan pemimpin PAS tak yakin dengan kemampuan beliau mentadbir dengan baik," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita selepas menghadiri majlis jalinan mesra rakyat dan perasmian bangunan Pejabat Pelajaran Daerah Kulaijaya yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman di sini.

Ditanya sama ada tindakan PAS mewujudkan jawatankuasa itu sesuatu yang pelik, Muhyiddin berkata, ia tidak menghairankan kerana PAS sememangnya sebuah parti yang "pelik".

"PAS memang parti pelik, apa yang dia nak buat, dia buat," katanya sambil menambah bahawa bidang kuasa jawatankuasa itu tidak jelas umpamanya sama ada ia mempunyai hak menyekat kuasa Menteri Besar.

Muhyiddin berkata beliau berpendapat penyelesaian itu tidak berkesan dan ia akan menjejaskan pentadbiran kerajaan negeri dan kesannya akan dirasai oleh penduduk Kedah.

Mengenai kadar tol bagi lebuhraya Eastern Dispersal Link (EDL) di sini, Muhyiddin berkata, kerajaan negeri Johor dan Jabatan Kerja Raya telahpun memberikan pandangan mereka kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Nanti kita akan buat keputusan di dalam jangka masa terdekat," katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, kementerian sedang menjalankan kajian untuk memperkasakan Pejabat Pelajaran Daerah (PPD).

"Kita sedang kaji supaya PPD menjadi pusat paling utama untuk pantau sekolah, prestasi dan masalah," katanya. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan