KTM Perkenal Komuter Enam Gerabak

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pengguna komuter bakal menikmati perkhidmatan yang lebih berkualiti apabila empat set tren yang mengandungi enam gerabak (SCS) bagi setiap set mula beroperasi hujung minggu ini sebagai permulaan.

Pengurus Kanan Unit Komunikasi Korporat KTM Berhad (KTMB), Mohd Fazil Ismail berkata setiap tren itu mampu membawa sehingga 1,100 pengguna bagi perjalanan sehala berbanding 400 orang sekarang.

"Isu utama rungutan pengguna terhadap perkhidmatan KTM Komuter ialah masalah kelewatan serta tempoh menunggu yang lama. Kita percaya melalui pengenalan Tren SCS ini semua masalah tersebut akan dapat diatasi," katanya.

KTMB akan memiliki 38 set Tren SCS dan kini telah menerima 16 set. Baki 22 set lagi akan diperoleh secara berperingkat sehingga Jun ini.

Petugas media pada Selasa dibawa menaiki Tren SCS dari stesen KL Sentral ke Kajang dan kembali semula ke KL Sentral.

Mohd Fazil berkata keseluruhan 38 set Tren SCS tersebut bernilai RM1.894 bilion dengan setiap set bernilai RM49 juta.

Perkhidmatan Tren SCS dijangka dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Khamis ini, yang merupakan sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Nasional (NKRA) bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam bandar.

Beliau berkata KTMB turut merancang melaksanakan jadual ketibaan setiap 10 minit pada waktu puncak apabila kesemua 38 set Tren SCS digunakan.

"Sasaran kita ialah untuk mengurangkan tempoh menunggu selama 10 minit mulai Jun ini. Jumlah penumpang juga dijangka meningkat sehingga 200,000 sehari," katanya.

Mohd Fazil berkata Tren SCS buatan syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Company (ZELC) dari China itu memiliki beberapa ciri istimewa seperti ruang tempat duduk dan berdiri yang lebih selesa, tiga baris ruang pemegang untuk pengguna berdiri serta ruang kepada golongan orang kelainan upaya (OKU) yang lebih luas dan selesa.

Katanya Tren SCS juga dipasang tiga unit kamera litar tertutup pada setiap koc, tangga untuk turun jika berlaku kecemasan serta sistem pengudaraan yang lebih baik. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan