Konflik Kedah: Penyelesaian Untuk Selamatkan K'jaan Negeri Bukan Azizan Atau Phahrolrazi

Diterbitkan: Selasa, 6 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEPERTI yang dijangka, pengumuman PAS Pusat mengenai langkah penyelesaian konflik pentadbiran kerajaan PAS Kedah berkesudahan dengan keputusan anti klimaks apabila semuanya kembali kepada status quo.

Seakan tidak pernah berlaku sebarang masalah atau pertikaian apabila Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan meneruskan tanggungjawabnya sebagai menteri besar manakala Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Ismail Salleh diarahkan kembali menyertai kabinet pentadbiran Kedah.

Sekali pandang, krisis ini nampak macam sudah selesai dan PAS berjaya menyelesaikan masalah dalaman menerusi proses rundingan secara mahabbah tanpa perlu mengambil sebarang keputusan drastik.

Juga sekali pandang, macam tidak ada pihak yang menang atau kalah.

Mungkin juga PAS sekali lagi boleh membuktikan kepada umum bahawa ahli-ahlinya sudah ditarbiah agar sentiasa patuh kepada arahan pemimpin.

Namun persoalan besar yang tidak terjawab ialah mengenai rungutan serta pertikaian yang dibangkitkan Phahrolrazi dan Ismail berhubung pengurusan pentadbiran Azizan yang disifatkan mereka sebagai lemah, pincang serta tidak berwibawa.

Phahrolrazi mengambil masa selama sejam menjelaskan ketidakpuasan hatinya kepada Jawatankuasa PAS Pusat pada malam Sabtu lalu dan begitu juga dengan Azizan.

Tetapi selepas meluangkan masa mendengar rungutan dan juga penjelasan kedua-dua belah pihak, keputusan yang dibuat ialah, Azizan tetap kekal sebagai ketua pentadbir parti dan juga kerajaan negeri manakala dua orang bekas Exco itu pula diarahkan supaya menerima semula pelantikan mereka sebagai exco.

Apakah keputusan ini benar-benar berjaya menjernihkan kembali air yang telah keruh itu? Benarkah rasa tidak puas hati yang terbuku boleh didamaikan dengan masing-masing kembali ke jawatan asal?

Kenapakah selepas kepimpinan PAS Pusat mengeluarkan arahan di sebelah pagi, dua orang 'pemberontak' dalam kabinet Azizan itu mengambil masa berjam-jam lamanya untuk membuat pengumuman berhubung pendirian mereka?

Kenapa mereka tidak terus membuat pengumuman sebaik sahaja kepimpinan pusat arahkan mereka menerima semula jawatan exco itu?

Ini kerana khabarnya mereka mahu melakukan percubaan terakhir iaitu menerusi Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum membuat keputusan sama ada hendak menerima atau tidak arahan tersebut.

Jika diperhati betul-betul reaksi kedua-duanya dan juga Azizan sendiri berhubung keputusan pentadbiran PAS pusat, ternyata tidak ada apa yang diselesaikan dengan baik.

Kedua-dua Phahrolrazi dan Ismail ketika mengadakan sidang akhbar di Alor Setar tidak mengatakan keputusan ini adalah keputusan mereka tetapi akur dengan kehendak pusat.

Sementara Azizan pula ketika ditanya reaksinya sekadar menjawab bukan beliau yang menolak kedua-duanya keluar dari barisan exco tetapi mereka yang hendak keluar sendiri.

Azizan juga berkata ini adalah keputusan PAS Pusat jadi adalah lebih elok pusat yang kendalikan hal kedua-duanya bukan beliau.

Jadi amat jelas dan nyata sekali, penyelesaian ini hanyalah penyelesaian sementara kerana pilihan raya umum dah dekat.

PAS pusat tidak boleh membenarkan krisis kepimpinan di Kedah menjejaskan kerajaan negeri ke tahap ia akan mengorbankan sebuah kerajaan.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan