Sokongan Masyarakat India Terhadap BN Semakin Meningkat - Presiden MIC

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel yakin sokongan masyarakat India di Pulau Pinang terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat berdasarkan maklum balas yang diterima.

Beliau berkata masyarakat India dipercayai akan menentukan kemenangan beberapa kerusi penting di negeri itu pada pilihan raya umum ke-13.

"Dalam pilihan raya umum ke-13 kita mahu sokongan rakyat India kembali kepada BN. Jika kita menang satu kerusi, kita boleh tambah kekuatan di Pulau Pinang.

"Siang dan malam MIC bekerja di Pulau Pinang untuk kembalikan sokongan rakyat kepada BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian sumbangan kepada pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah tahun 2011, di sini, Ahad.

Palanivel yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata apa yang penting ketika ini ialah untuk memenangi semula dua kerusi MIC di negeri itu dan menambah bilangan kerusi BN pada pilihan raya akan datang.

Mengenai calon yang akan bertanding pada pilihan raya umum ke-13, beliau berkata ia akan diumum selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membubarkan Parlimen.

"Tiap-tiap tempat saya pergi mereka tanya siapa calon MIC? Mana saya boleh jawab sekarang. Ia bukan masa yang betul untuk mengumumkan calon. Tapi kini adalah masa yang tepat untuk bekerja bagi mendapatkan sokongan masyarakat India.

"Kita akan memperkenalkan calon kita selepas Parlimen dibubar dan selepas B Nsetuju siapa calon yang tepat untuk bertanding di kawasan-kawasan ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 25 Julai 2017 3:00 PM

Aaron Abdul Iras Sudirman?

Selasa, 25 Julai 2017 12:00 PM

Eyka Farhana Diusik Minta Nombor Telefon

Selasa, 25 Julai 2017 9:00 AM

Tauke Jambu Tak Sabar Naik Pelamin

Isnin, 24 Julai 2017 12:03 PM

Lantaklah! Ahya Memang Suka Tayang Badan

Isnin, 24 Julai 2017 9:00 AM

#BiziBody: Risteena Dah Nak Kahwin?

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Kolumnis

iklan

Iklan