PKR Berhasrat Tanding Tiga Parlimen Dan 11 DUN Di Terengganu Pada PRU-13 - Berita Semasa | mStar

PKR Berhasrat Tanding Tiga Parlimen Dan 11 DUN Di Terengganu Pada PRU-13

Diterbitkan: Isnin, 5 Mac 2012 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Parti Keadilan Rakyat (PKR) Terengganu berhasrat meletakkan tiga calon untuk bertanding bagi kawasan parlimen dan 11 bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini pada pilihan raya umum ke-13 (PRU 13) yang dijangka tidak lama lagi.

Bagaimanapun, Pengerusi Majlis Pimpinan PKR negeri Terengganu Azan Ismail tidak mengumumkan secara terperinci kawasan Parlimen dan DUN yang akan ditandingi PKR.

"Hasrat kita ini akan bergantung kepada perbincangan di peringkat pusat dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain, kemudian ia akan 'dimurnikan' sebelum keputusan muktamad dibuat pada 15 Mac ini," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Azan yang juga Pengerusi PKR Terengganu berkata beliau akan mengumumkan perkara itu sebaik sahaja keputusan muktamad dari peringkat pusat diperoleh kelak.

Bagaimanapun beliau berpendapat keputusan yang bakal diterima di peringkat pusat itu berkemungkinan tidak jauh bezanya dengan hasrat yang diinginkan PKR Terengganu.

Azan berkata, cadangan meletakkan angka pencalonan itu adalah sebagai menyambut hasrat rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) seperti PAS dan DAP agar PKR memberi gambaran dan kesediaan bekerjasama bagi menghadapi PRU ke-13.

PKR kalah dua kerusi Parlimen iaitu Kemaman dan Dungun serta lima kerusi DU Niaitu Bandar (Kuala Terengganu), Seberang Takir (Kuala Nerus), Telemong (Hulu Terengganu) Kota Putera (Besut) dan Permaisuri (Setiu) kepada BN yang ditandingi pada pilihan raya umum 2008.

Terengganu mempunyai lapan kawasan parlimen iaitu enam dikuasai oleh BN dan dua oleh PAS manakala 32 kerusi DUN pula memperlihatkan 24 dikuasai BN dan baki lapan oleh PAS. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan